Dari segi penglibatan belia lelaki berbangsa Melayu lingkungan umur 17 hingga 21 tahun didapati paling ramai terlibat di mana majoriti yang terlibat dalam perlumbaan haram adalah berusia 20 hingga 22 tahun (Rozmi, 2005). Dari Kajian lain pula ‘Mat Rempit’ lebih banyak terdiri daripada golongan muda khususnya remaja lelaki yang berumur 15 hingga 28 tahun dan majoriti mereka adalah Melayu (Muhamad Fuad Abdul Karim et al., 2009). Sementara itu, kajian yang dilakukan di Negara Barat di mana terdapat bukti-bukti yang sedia ada yang menunjukkan bahawa kebanyakannya lelaki muda berusia 16 hingga 25 tahun yang terlibat dalam perlumbaan haram yang menyalahi undang-undang (Leigh, 1996; Vaaranen & Wieloch, 2002; Peak & Glensor, 2004; Warn et al., 2004).
Sedang diterjemahkan, harap tunggu..
![](//idimg.ilovetranslation.com/pic/loading_3.gif?v=b9814dd30c1d7c59_8619)