Saya dan anak-anak berada dalam keadaan sihat, harap kamu pun dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.
Saya amat bersyukur pada Allah kerana mengaturkan pengenalan kita.
dan dapat mengenali orang seperti kamu, terasa damai sangat , rasa disayangi dan mengurangkan sedikit kesepian saya. Sebelum ini saya sibukkan diri dengan kerja, masa saya banyak habis ditempat kerja semata-mata untuk mengisi kekosongan dihati saya.
Kamu tahu , semasa saya balik ke malaysia, saya rasa sedih bila melihat semua kawan-kawan , suami dan anak-anak mereka datang ambil mereka tapi saya seorang diri balik rumah dengan teksi. Tapi apakan daya sudah ketentuan saya macam itu. Walauapa pun saya mesti menjadi seorang yang kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan ini dengan berharap suatu hari nanti Allah mengurniakan saya kehidupan yang penuh kebahagian.
Sedang diterjemahkan, harap tunggu..