Seterusnya, tempat tumpuan pelancongan banyak menjadi tempat percutian pelancongan. Industri pelancongan negara dilihat telah mengalami perkembangan yang pesat.Kesungguhan Kerajaan Persekutuan dalam menyediakan peruntukan dan membuat pelaburan yang tinggi telah memberikan kesan yang positif terhadap industri tersebut. Bermula dari rancangan Malaysia ke-2 hingga ke-9, banyak perubahan yang berlaku sedikit demi sedikit. Ianya dapat dilihat dengan purata pelancong yang datang ke Malaysia semakin meningkat tahun demi tahun. Industri ini bukan sahaja memberi kesan positif kepada ekonomi kerajaan bahkan seluruh rakyat menerima tempiasnya. Sebagai contoh imej negara yang baik mampu menarik perhatian ramai pelancong. Di samping itu, pelbagai panduan melancong ke luar negara. Panduan melancong ke luar negara ini memudahkan lagi pelancong dalam pengurusan ke luar negara.