Pada langkah yang pertama ‘ability card’ disusunkan untuk mengenalpasti kemahiran di dalam satu organisasi, mengenalpasti pegawai yang hendak dinilai dan mencungkil pengetahuan yang sedia ada dan seterusnya diterjemahkan melalui ‘ability card’, dengan menyatakan idea di dalam ‘ability card’ pandangan dan pengalaman dapat dikenalpasti dan kelemahan dan kekurangan boleh diatasi bersama ahli kumpulan yang lain. Melalui langkah ke 3 CUDBAS iaitu pemetaan ‘ability checklist’ bertujuan untuk mengenalpasti kelemahan dan pengetahuan yang telah dinilai. Pecahan mengikut kumpulan sasaran adalah berdasarkan ‘ability’ yang telah dibuat. Pemilihan latihan yang bersesuaian akan diberikan kepada pegawai yang memerlukan latihan tersebut daripada ‘ability checklist’. Rajah 4 merupakan pemetaan 'ability checklist' yang diperlukan ketika proses CUDBAS dilaksanakan. Melalui ‘ability checklist’ ini maka setiap pengajar teknikal akan dinilai pengetahuan mereka berdasarkan kepada ‘ability’ yang telah dinyatakan.
Sedang diterjemahkan, harap tunggu..